Sunday 28 February 2016

Malam Maulid

Bismillah,
Dengan Nama Allah Taala Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

InsyaAllah pada setiap Isnin Malam, akan diadakan Malam Maulid al Malik dengan kerjasama Kumpulan Qasidah Purnama Bayu. Majlis ini dijalankan seperti berikut :

                 Masa      : Setiap Isnin Malam, selepas solat Maghrib
                 Tempat  :  Masjid An Nur, IPG Kampus Tawau

Semua guru pelatih muslim IPGK Tawau dijemput hadir memeriahkan Majlis Maulid sebagai tanda kecintaan kita terhadap junjungan Rasulullah SAW. Tambahan pula, sebagai umat Islam pada akhir zaman, kita perlu sentiasa mengingati Rasulullah SAW antaranya melalui jalan selawat, qasidah dan sebagainya.

Semoga usaha kita dalam mengejar Cinta Allah, Cinta Nabi dan Cinta Umat dirahmati Allah Taala.

                         
                                 ^ Sebarkan CINTA kerana dalam dirimu ada CINTA ^

Tuesday 30 June 2015



ASSALAMUALAIKUM :) SALAM SEJAHTERA..
Hari ini sudah masuk hari ke 14 Ramadhan untuk tahun ini Bagaimana dengan puasa antum? Adakah ia penuh dengan amal ibadat serta tarawih yang tidak sekali pun ditinggalkan, ataupun ianya masih sama seperti bulan-bulan yang sbelumnya? Atau, adakah ia lebih teruk dari sebelumya? segala jawapan kepada persoalan ini adalah terletak pada diri antum sendiri. antum lebih mengenali diri antum selain daripada Pencipta..

__________________________________

Sangat menarik untuk dikongsi tentang gambar di atas. Apakah antum berasa rentap dan sentap apabila membaca setiap bait perkataan di atas?
"HARGAI WAKTU KITA DENGAN BANYAK BERIBADAH, SEPERTI KITA MENGHARGAI AZAN MAGHRIB DI BULAN INI"
_______________________________________

Memang benar. Tidak dinafikan bahawa kita disunatkan untuk menyegerakan berbuka. Malah pada waktu Maghrib di bulan yang mulia inilah waktu yang kita nanti-nantikan setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Namun, adakah hanya itu perkara yang disunatkan dalam bulan Ramadhan ini? Adkah hanya perkara itu yang kita nanti-nantikan di bulan ini? Bagaimana pula dengan amalan-amalan sunat yang lain? bagaimana pula dengan Malam Lailatul Qadar? Bukankah itu yang sepatutnya menjadi buruan semua umat Islam di dunia ini? 


Oleh itu, muhasabah diri, tingkatkan ibadah, kurangkan maksiat.. Hargailah waktu kita dengan banyak beribadah sebagaimana kita menghargai azan maghrib di bulan ini :)

Saturday 27 June 2015

10 HARI PERTAMA ADALAH RAHMAT, 10 HARI KEDUA MAGHFIRAH (PENGAMPUNAN), DAN 10 HARI KETIGA TERBEBAS DARI API NERAKA

10 Pertama :

Pada 10 hari pertama bulan Ramadan, Allah SWT memberikan rahmat dan limpahan pahala dari pelbagai ibadah yang kita lakukan sepanjang kita berpuasa. Fasa tersebut merupakan fasa yang terberat kerana berlaku peralihan kebiasaan muslim untuk makan kepada menahan lapar dan dahaga di siang hari dari subuh hingga maghrib.


Selain itu, sebenarnya bukan sahaja jasmani kita yang sedang mengadaptasi, malah emosi kita juga akan mengalami perubahan untuk mengadaptasi bulan Ramadan dengan penuh kesabaran dan keikhlasan dalam menunaikan ibadah ini. Oleh ssebab itu, fasa 10 hari awwal Ramadan Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu kerahmatan kepada hamba-Nya yang menunaikan ibadah puasa pada 10 Hari awal di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan serta ketakwaan kepada Allah SWT.


Justeru, janganlah kita biarkan kesempatan ini berlalu dengan begitu sahaja tanpa diambil berat untuk melakukan aktiviti ibadah yang sebaiknya. manfaatkanlah setiap hari di bulan ramadan sebagai ladang ibadah. Lakukan kebaikan sebanyak-banyaknya dengan memperbanyakkan tilawah al-quran, berdoa, berselawat, solat sunat, beramal soleh dan membantu orang lain. Selain itu, bekerja, membina silaturrahim, beramal soleh, dan membantu orang lain juga merupakan sebuah ibadah, semoga semua ibadah yang kita kerjakan dalam bulan Ramadan ini diberkahi dan diterima oleh Allah SWT.


10 Kedua :


Setelah berjaya melalui fasa pertama yang sudah pasti cukup berat kerana tubuh dan fikiran berusaha beradaptasi dengan keadaan ketika puasa, maka 10 hari kedua Ramadhan ini mungkin akan terasa lebih ringan kerana akhirnya tubuh sudah mula terbiasa dengan aktiviti puasa yang menuntut seseorang untuk tidak makan dan minum dimulai sejak matahari terbit hingga matahari terbenam.


Untuk keutamaan 10 hari kedua Ramadhan seperti yang disebutkan di dalam hadis Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, dimana Ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Pada fasa kedua atau fasa 10 hari kedua Ramadhan inilah Allah membukakan pintu magfirah atau ampunan yang seluas-luasnya.


Oleh itu,  Jangan sampai kita melewatkan hari-hari penuh ampunan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT dengan sia-sia. Pada waktu-waktu inilah saat yang paling tepat untuk memperbanyak doa serta memohon ampunan kepada Allah SWT atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan di masa lalu agar diampuni dan dibebaskan dari hukuman.


Perbanyaklah melakukan solat malam, berdoa dan berzikir kerana pada 10 hari kedua Ramadhan ini merupakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT untuk mengurangi dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dengan memohon ampunan dengan tulus dan bersungguh-sungguh serta bertaubat dari hati yang dalam Insya Allah pasti mendapatkan ampunan-Nya.


10 Terakhir 


Ummul Mu`minin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan tentang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada 10 terakhir Ramadhan seperti agak  sebagai berikut :



“Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila memasuki 10 terakhir Ramadhan, beliau mengencangkan tali sarungnya (yakni meningkat amal ibadah beliau), menghidupkan malam-malamnya, dan membangunkan isteri-isterinya.” 
Muttafaqun ‘alaihi

Pertama : 
Bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam serius dalam melakukan amal ibadah lebih banyak dibanding hari-hari lainnya. Keseriusan dan peningkatan ibadah di sini tidak terbatas pada satu jenis ibadah tertentu saja, namun meliputi semua jenis ibadah baik salat, tilawatul qur`an, zikir, shadaqah, dll.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membangunkan isteri-isteri beliau agar mereka juga berjaga untuk melakukan salat, dzikir, dan lainnya. Hal ini kerana semangat besar beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam agar keluarganya juga dapat meraih keuntungan besar pada waktu-waktu utama tersebut. Sesungguhnya itu merupakan ghanimah yang tidak sepantasnya bagi seorang mukmin berakal untuk melewatkannya begitu saja.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 Terakhir ini, demi beliau memutuskan diri dari berbagai aktivitas keduniaan, untuk beliau konstrasi ibadah dan merasakan lezatnya ibadah tersebut.Keempat : Pada malam-malam 10 Terakhir inilah sangat besar kemungkinan salah satu di antaranya adalah malam Lailatur Qadar. Suatu malam penuh barakah yang lebih baik daripada seribu bulan.


Sumber http://pujiasc.blogspot.com/2013/07/10-hari-pertama-adalah-rahmat-10-hari.html

Friday 26 June 2015

Program Ihsan Awal Ramadan D' Aceh

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Salam Kasih Sayang...Pertama-tamanya marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran Ke Hadrat Yang Maha Esa atas kesempatan saya untuk menulis entri kali ini.
jadi, pada hari ini saya ingin membawakan kepada viewers sekalian tentang sebuah perjalanan kerohanian yang telah dilalui oleh beberapa warga PGPI IPGK Tawau. Program Ihsan Awal ramadan D' Aceh telah diadakan pada hari-hari akhir menjelang Bulan Ramadan iaitu 16-19 Jun 2015 bertujuan secara umumnya untuk menyampaikan kutipan sumbangan masyarakat awam kepada Panti  Asuhan Anak Yatim di Banda Aceh.
Prog ini disertai oleh 16 orang pelajar dari Unit PPISMP PI dan Sains ambilan Jun 2014 serta diiringi oleh 3 orang pensyarah. 


Banner Program Oleh En M. Halim Shah


Objektif Program ialah
1. peluang meninjau sistem pendidikan pasca musibah tsunami
2.melahirkan bakal guru yang bersahsiah tinggi dengan menyayangi anak-anak yatim
3.Menginsafi kebesaran Allah tentang kesan-kesan tsunami
4.peluang melakssanakan program pengantarabangsaan dengan institusi di Banda Aceh


KUL ----> BTJ (Galeri Foto)

Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA2

Dinas Syariat Islam Banda Aceh




Hotel tempat peserta menginap

Pemandangan sepanjang jalan-jalan Aceh

Kuliah Dhuha di Dayah Al-Aziziyah




Lawatan ke Perpustakaan Ali Hasjmy


Kerosakan selepas Tsunami di Masjid Rahmatullah




Kubah Masjid yang hanyut oleh air Tsunami


Rumah Tradisi Aceh


Anak yatim Panti Asuhan Penyantun Islam





Bot atas rumah


PLTD Apung 


Muzium Tsunami Aceh



Panti Asuhan SOS Childrens's Village











Sesungguhnya, pelbagai pengalaman dapat ditimba di bumi Aceh. Sesuai dengan panggilannya iaitu "Serambi Mekah", Zaman pasca 10 tahun Tsunami membuktikan bahawa mereka mampu untuk bangun hasil daripada kekuatan dalaman mereka serta  Ihsan masyarakat di seluruh Dunia.






SALAM RAMADHAN :)

Salam Ramadhan al-Mubarak ! **hari ke 9 baru admin sempat update** :)
Bagaimana dengan 9 hari yang sudah berlalu dalam bulan yang mulia ini? Apa khabar iman kita setelah para jin dan syaitan diikat bagi mengelakkan kita terganggu akan bisikan-bisikan mereka? Apa khabar amalan kita di dalam bulan rahmat ini? Semakin bertambah dan istiqamah atau sebaliknya? Tepuk dadam taya iman. Hanya diri kita sendiri yang mengetahui akannya di samping Yang Maha Esa.
_________________________

Besok bakal menjadi hari yang kesepuluh bagi kita umat Islam di dunia untuk meraikan Ramadhan pada tahun ini. Yakinkah kita bahawa kita mampu untuk merasai hari "esok" itu? Yakinkah? Sesungguhnya kita sebagai manusia yang sememangnya lemah tidak akan terjangkau untuk mengetahui akan ajal kita sendiri. Oleh sebab itu, ayuhlah bermuhasabah diri beramai-ramai agar kita mampu melaksanakan ibadah semaksimum yang mungkin dengan anggapan bahawa hari ini adalah Ramadhan terakhir untukku.
_________________________

Apakah hikmah bulan Ramadhan sebenarnya? Dalam pada kita melaksanakan ibadah rukun Islam ini ada juga antara kita yang tidak mengetahui akan wajaran dan hikmah bulan yang mulia ini. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab bagi kami sebagai sedara seIslam untuk mengingatkan teman-teman akan tujuan kita berpuasa.
_________________________




_______________________________________________________

Haa, so dah faham kan kelebihan Ramadhan? JAdi sama-sama lah kita meningkatkan amalan agar kita tidak mensia-siakan bulan rahmat yang hanya datang setahun sekali ini. Wallahualam.

KURSUS SMART KHAT

TARIKH : 5 MEI 2015
                      MASA  : 8.30 PAGI
                      TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI

Satu Kursus Smart Khat telah diadakan hasil kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPG Kampus Tawau, Sabah. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Zulfikar bin Aman iaitu penceramah jemputan dari luar yang mahir dalam bidang khat sendiri. Guru pelatih telah didedahkan dengan khat jenis riq’ah dan thuluth oleh penceramah kursus.
Kursus Smart Khat ini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran peserta kursus dalam penulisan khat. Di samping menanam minat dalam kalangan peserta program untuk mempelajari dan mendalami ilmu seni khat serta melahirkan golongan pelapis yang memiliki kemahiran dalam bidang khat.
Kursus ini juga diadakan bagi menepati objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah, bagi memberi pendedahan berkaitan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat. Seterusnya pensyarah, staf dan guru pelatih dapat menulis dan menghayati keindahan tulisan khat. Bukan itu sahaja, malah kursus ini ini dilaksanakan bagi menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi.
Kursus ini telah berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Persediaan rapi yang telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) kecil pelaksana program yang terdiri daripada unit PISMP Pendidikan Islam Jun 2013 cukup mantap. Antaranya ialah, persiapan teknikal dan juga AJK sebelum, semasa dan selepas kursus forum ini dijalankan. Usaha gigih ini akhirnya membuahkan hasil dimana forum ini mendapat sambutan yang hebat daripada kalangan pensyarah dan guru pelatih sendiri.

Bagi menutup kursus ini , perasmian penutupan telah diadakan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, Tuan Hj. Mohd Zain bin Badui. Seterusnya, sebuah cenderahati telah diberikan kepada penceramah jemputan. Secara keseluruhan, kursus ini telah berjaya mencapai beberapa objektif yang disasarkan. Adalah diharapkan kursus seperti ini dapat dikekalkan dan dilakukan lagi pada masa akan datang. Semoga dengan program ini dapat memberi satu nilai tambah kepada semua guru pelatih.

SEMINAR TERTUNAIKAH CINTAMU? KE ARAH MENGENAL CINTA HAKIKI (DENGAN KERJASAMA AHLI PGPI)

Tarikh : 28 Februari 2015
Masa : 8:00 hingga 12:30 pagi
Tempat : Dewan Rafflesia IPGK Tawau

Program Seminar Tertunaikah Cintamu ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sabah, HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Tawau serta Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPGK Tawau. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran yang tinggi dalam jiwa golongan remaja tentang makna cinta. Cinta sebenar yang dianjurkan dalam Islam sekaligus memberi kesedaran betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab mereka pada agama, bangsa dan negara serta membentuk dan memupuk nilai-nilai akhlak murni, meningkatkan potensi peserta daripada aspek memberi bimbingan dan kaunseling serta motivasi kepada golongan remaja. Aktiviti ini juga mensasarkan para pelajar IPG Kampus Tawau, UITM serta pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada beberapa sekolah.

             Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh En. Kamarul Zaman Ishaek yang merupakan Yang Dipertua ABIM Tawau. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah IPGK Tawau, Encik Mohd Zain Bin Badui. Pada pukul 9:00 pagi, slot 1 bermula dengan ceramah yang bertajuk Cintaku Ke Syurga?’ yang disampaikan oleh Puan Fadhlina Sidek, Timbalan Presiden ABIM. Pada pukul 10:30 pagi pula, slot 2 bermula iaitu forum yang bertajuk ‘Cinta Utama’. Panel yang terlibat ialah Prof Madya Dr. Arsiah Binti Bahron yang merupakan Pensyarah Universiti Malaysia Sabah serta Puan Fadhlina Sidek. Moderator forum ini adalah Mohd Hisyam Abid yang merupakan ahli jawatankuasa ABIM.


Segala perjalanan majlis yang dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Program ini secara tidak langsung mengeratkan silaturahim antara pelbagai pihak sepanjang majlis ini berlangsung. Di samping itu, program ini juga memberi kesedaran dalam kalangan peserta. Input yang diterima melalui ceramah yang diberi menyedarkan golongan belia yang terlibat betapa penting dan beratnya tanggungjawab yang dipikul sebagai golongan belia dalam mengajak masyarakat menghayati serta mengamalkan kehidupan berlandaskan syariah dan tuntutan agama. Program Seminar Tertunaikah Cintamu sangat penting sebagai penyambung kepada usaha-usaha menyediakan program alternatif kepada remaja, belia dan masyarakat setempat sekaligus dapat membenteras gejala kurang sihat dalam kalangan remaja kerana masa lapang mereka telah diisi dengan aktiviti yang berteraskan Islam. Program ini akan dijadikan modul tetap kepada remaja dan pelaksanaannya akan diperluas ke daerah-daerah lain di seluruh Negeri Sabah. Diharapkan agar usaha ini akan berteruskan dan berkekalan hingga ke akhirnya demi melahirkan remaja yang dapat menghayati nilai-nilai murni yang sedia ada dalam diri setiap individu.