Friday 3 April 2015

CINTA KAMI BERMULA DI SINI

SEMUA AHLI PGPI YANG SALING BERKASIH SAYANG LILLAHI TA'ALA



PROGRAM TEAM BUILDING DI BALUNG ECO RESORT
Bismillah. Salam Sabtu Salam Cuti Semua :)
Pada 28 dan 29 Mac yang lalu, ahli-ahli PGPI telah menghadiri sebuah program yang dinamakan sebagai "Team Building".
Tujuan utama bagi program ini adalah ingin mewujudkan esprit de corps iaitu kerjasama dalam diri kami semua untuk melaksanakan setiap tugasan lebih-lebih lagi bagi program yang melibatkan PGPI.
Melalui program ini, kami telah didedahkan dengan konsep IMS.

Apakah itu IMS?
IMS adalah suatu konsep yang berteraskan kepada Nabi-Nabi Allah iaitu:
I: Ibrahim- Ketauhidan
M: Muhammad- Kasih Sayang
S: Sulaiman- Kekayaan dan Kebijaksanaan
(IMS ini akan diterangkan lebih lanjut pada post akan datang)

Program kami bermula dengan sesi ice breaking di mana duta IMS sendiri iaitu Rauf Fathi yang mengelola sesi ini. Daripada sesi ini, ahli-ahli PGPI dapat bertaaruf sesama kami dengan lebih dekat. Malah kini, kami mampu mengingati tarikh lahir setiap daripada ahli PGPI sendiri. Sesungguhnya objektif bagi ice breaking ini tercapai dengan sesi taaruf yang bersifat kreatif hasil dari konsep IMS.

Sesi-sesi seterusnya adalah penerangan tentang konsep IMS serta tazkirah yang bersifat santai selari dengan keinginan anak muda kini. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Nazmi bin Desa iaitu pengerusi bagi JAPIM  15/16 yang lebih mesra dipanggil abah atas segala tunjuk ajar yang diberi bagi melancarkan lagi program ini. Terima kasih juga bagi pensyarah-pensyarah serta semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Syukran Jazilan.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (47:7)

Dalam kita menghadapi kehidupan seharian, pasti ada sahaja ujian dan dugaan. Mungkin dalam kesibukan berdakwah, kita perlu memberikan komitmen terhadap kerja-kerja lain juga. 
Namun, apabila didedahkan dengan konsep IMS ini, saya yakin semua umat manusia akan sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahNya. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa ada bersama kita.
Konsep IMS juga menjadikan kami sedar bahawa dalam setiap apa yang kita lakukan, perlunya ketiga-tiga aspek IMS ini agar tidak wujud kekurangan atas setiap yang dilakukan.
Ayat Al-Quran di atas (47:7) juga menunjukkan bahawa kita sebagai umat manusia ini jangan pernah lelah dan berputus asa untuk membantu agama Allah. Yakinlah, Allah pasti akan membantu kita dengan bantuan yang diperlukan walaupun hanya sekecil bantuan yang kita lakukan di jalan Allah.

Sollu alan nabiyy :)



Kelihatan semua pelajar sedang teruja untuk ke dewan bagi permulaan sesi 1


Makan dalam talam mengikut sunnah

Mengamalkan sunnah nabi:Makan Secara Berjemaah 


Kelihatan ahli-ahli kumpulan Luqman begitu khusyuk melakukan
 perbincangan bagi pembentangan konsep (I)


Sesi tazkirah selepas isyak yang diberikan pengisian oleh
Puan Zulina Zawawi (Pensyarah JAPIM IPGKT)


Kelihatan para peserta khusyuk di saat
 Pengerusi PGPI memberikan penerangan

Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh setiap peserta bagi sesi (I)

Begitu semangat sekali peserta-peserta PGPI ini menghidupkan api
bagi sesi makan santai (BBQ)

Ahli-ahli wanita PGPI 

No comments:

Post a Comment