Wednesday 25 March 2015

Seni Khat



Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan, di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambar.


Seni khat seni yang amat disanjungi daripada seni-seni Islam kerana ia merupakan cara utama mengekalkan al-Quran. Syak terhadap seni gambaran sebagai taghut dan penyembahan mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan. Karya pakar khat dikumpul dan dihargai.


Seni khat orang-orang Arab, Parsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.


Sebagai umat Islam, marilah kita meneruskan kesenian yang melambangkan Islam itu sendiri. Para pelajar IPG Kampus Tawau sendiri pernah menghadiri kursus tentang tulisan khat. Gambar di bawah menunjukkan pelajar PPISMP Pendidikan Islam IPG Kampus Tawau yang sedang menonton video tutorial tulisan khat thuluth yang diajar oleh Puan Zulina Zawawi.




CONTOH HASIL TULISAN KHAT SALAH SEORANG PELAJAR

LIRIK SELAWAT TOBIBIYAH

Tak kenal, maka tak cinta. Bila dah kenal sesuatu yang baik, indah dan benar, pasti kita akan jatuh cinta. Bila dah jatuh cinta, pasti hati kita sering teringat akan apa yang kita cintai itu. Sebagai tanda kita mencintai sesuatu itu, pasti kita akan sering menyebut-nyebut akannya. Begitulah juga cinta kita kepada Rasul yang mencintai umatnya, kita.. Berselawatlah kita pada baginda, tanda cinta kita pada baginda. Oleh itu, di bawah ini ada diselitkan lirik selawat tobibiyah yang boleh dilagukan nasyidnya dengan tujuan yang utama, sebarkan cinta kita pada baginda. Moga ia dapat menjadi syafaat di akhirat kelak.



اللَّهُم َّصَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى


Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada


سَيِّدِيْ وَحَبِيْبِي وَطَبِيْبِ قَلْبِي وَجَسَدِيْ وَرُوْحِي


Junjunganku, Kekasihku, pengubat hatiku, jiwaku dan ragaku


سَيِّدِي رَسُولِ الله مُحَمَّدْ ابْنِ عَبْدِ الله


Junjunganku inilah yang menjadi utusan Allah, Nabi Muhammad bin Abdullah


الصَّادِقِ الْأَمِينِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين


Dialah insan yang jujur dan dipercayai. Semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat Baginda

MADAH BARU ORGANISASI AHLI PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM IPG KAMPUS TAWAU 2015/2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera:) Selamat datang ke blog Persatuan Guru Pelatih Islam (PGPI) IPG Kampus Tawau! Diharapkan melalui laman blog PGPI ini anda dapat memberi lontaran idea serta cetusan pendapat bagi PGPI di seluruh Malaysia. Tidak kenal maka tidak cinta. Jadi, di sini kami ingin memperkenalkan kepada anda semua barisan Majlis Tertinggi PGPI bagi tahun 2015 yang akan berganding bahu bersama ahli-ahli PGPI yang lain bagi sama-sama memajukan PGPI merapatkan lagi ukhuwwah di antara para pelajar di IPG Kampus Tawau :)


PENGERUSI : ANAS FAHMI
TIMBALAN PENGERUSI: RUSHIHA IRINA

 SETIAUSAHA: MUHAMAD FAIZIE

NAIB SETIAUSAHA: NURZULAIKHA
BENDAHARI: NURSYAHIDA SAMAN
 KETUA BIRO PUBLISITI DAN PENGIKLANAN: HALIM SHAH
P. KETUA BIRO PUBLISITI DAN PENGIKLANAN: SITI NADIAH
KETUA BIRO PERHUBUNGAN DAN TEKNOLOGI: MOHD. SABFIL
P. KETUA BIRO PERHUBUNGAN DAN TEKNOLOGI: AINUN BAHIAH

KETUA BIRO RIADAH DAN REKREASI: ALI AKMAL ISAMUDDIN
P. KETUA BIRO RIADAH DAN REKREASI: MOHD ZULFITRI
KETUA BIRO JAMUAN: JEJEH FAZIRAH
P. KETUA BIRO JAMUAN: SYAFIQAH AMBOTUO

KETUA BIRO TUGAS-TUGAS KHAS: KHAIRUL AZHAR
P. KETUA BIRO TUGAS-TIGAS KHAS: NORANIZAH SAINEH

KETUA BIRO DOKUMENTASI: LUQMAN YUSOF
P. KETUA BIRO DOKUMENTASI: NUR ADLINA

KETUA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN: SHAFIQ
P. KETUA KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN: WAN SAFWAN

KETUA BIRO KEUSAHAWANAN: AIMI IZZATI
P. KETUA BIRO KEUSAHAWANAN: ZIA SAFIQAH

KETUA BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN: AKMAL ARIF
P. KETUA BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN: AMINAH NURUL NABILAH

KETUA BIRO HELWANI: AIN SYAFIQAH

P. KETUA BIRO HELWANI: HASLINDA BACHO

BIRO MODUL AKTIVITI & TARBIYYAH: DARAYANI JOHARI