Sunday 19 April 2015

KELEBIHAN BERSELAWAT

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda :“sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Seringkali kita mendengar akan hadis ini bukan? Namun sejauh mana kita melakukannya? Sejauh mana kita beramal dengannya? Begitu susah untuk kita berselawat kepada baginda. Begitu berat mulut kita untuk mengalunkan selawat kepada baginda. Benarkah kita merindui baginda seandainya walaupun hanya untuk berselawat, begitu sukar untuk kita melakukannya? Tepuk dada, tanya iman. Muhasabah diri :)



Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

MAJLIS SELAWAT

Bagi menyambut 1 Rejab yang merupakan bulan yang dinanti-nantikan sebagai tanda kita telah menghampiri bulan Ramadhan, telah diadakan majlis selawat secara besar-besaran di antara waktu maghrib dan isyak di Masjid An-nur IPG Kampus Tawau.
Bagi menyambut bulan ini serta memeriahkan suasana selawat ini, salah seorang pensyarah kami iaitu Ustaz Nadzmi telah membawa rombongan qasidah dari luar IPG yang sememangnya telah dididik dan dilatih oleh beliau sendiri. Ternyata hasilnya tidak sia-sia kerana telah mendapat sambutan daripada ramai pihak.
Antara qasidah yang dipersembahkan adalah seperti Selawat Tabibiyyah yang sering meniti di bibir anak-anak muda IPG Kampus Tawau ini serta Ya Hanana yang sememangnya menjadi qasidah kegemaran pelajar kini.
Pada masa akan datang in shaa Allah program Selawat seperti ini akan dibuat lagi dan harapnya agar sambutan menjadi lebih hangat daripada malam ini. Jzkk.







Majlis Kesyukuran Sempena Majlis Hari Jadi Pengarah

Alhamdulillah. Tanggal 9 April merupakan tarikh bersejarah buat Pengarah IPG Kampus Tawau kerana beliau dilahirkan pada tarikh ini. Bagi meraikan ulang tahun beliau pihak JAPIM IPG Kampus Tawau dengan kerjasama para pensyarah serta ahli-ahli PGPI telah membuat bacaan yasin yang sememangnya menjadi amalan setiap hari Khamis malam Jumaat. Jamuan kecil-kecilan turut diadakan bagi menjadi santapan moreh buat para pelajar.
Buat Pengarah kami, Puan Hajah Masni Binti Madat, kami ahli-ahli PGPI mewakili semua pelajar IPG Kampus Tawau ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Puan.
Doa kami semoga Puan terus dipanjangkan umur serta murah rezeki di samping memperoleh  kesejahteraan di dunia dan di akhirat..

Saturday 4 April 2015

GERHANA BULAN 4 APRIL 2015 (14 JAMADIL AKHIR 1436H): PETANDA KEBESARAN ALLAH SWT

Fasa Gerhana Bulan 

Bulan dilindungi oleh bayang-bayang Bumi

Assalamualaikum dan Salam ceria Petang Sabtu....
Pada tanggal 4 April 2015M bersamaan 14 Jamadil Akhir 1436H, Umat Manusia di Malaysia dan sekitar Benua Asia dapat melihat fenomena GERHANA BULAN yang menunjukkan kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT. Secara ringkasnya, gerhana ini bermula pada jam 5.01 petang. Bulan pada masa itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15 pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57 pm . Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulanya fasa gerhana penuh.

Kemuncak gerhana Penuh dapat disaksikan tepat jam 8.00 dan hanya selama 2 minit, bulan akan bergerak keluar daripada bayang-bayang umbra. Gerhana ini berakhir pada jam 9.44 pm apabila bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, ataupun masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58.

Firman Allah Dari Surah Fussilat ayat 37 yg bermaksud:

 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah sembah matahari mahu pun bulan tetapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika kamu hendak sembah”.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas kehendak dan kuasa Allah atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini.
Sebagai umat Islam kita mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah SWT adalah pentadbir seluruh alam, 
Segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah yang maha berkuasa menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah SWT dan ianya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri.

Lantaran itu juga kita dituntut untuk melihat segala sesuatu yang diciptakan oleh Allah dan tidak lalai daripada memikirkan segala penciptaanNya. Tidaklah Allah menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia, malah terdapat hikmah disebalik peraturannya. Kejadian seperti ini juga sepatutnya mengingatkan kita tentang kehancuran alam ini dan kedatangan hari kiamat yang penuh huru hara, hari yang dibimbangi dan dahsyat yang pasti akan berlaku. Kesedaran sebegini akan meletakkan diri kita begitu kerdil dan sentiasa mengharapkan rahmat serta pertolongan Allah s.w.t.

Sumber: Khutbah Khas Gerhana: Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Illahi
                     http://www.islam.gov.my/khutbah-online

Friday 3 April 2015

CINTA KAMI BERMULA DI SINI

SEMUA AHLI PGPI YANG SALING BERKASIH SAYANG LILLAHI TA'ALA



PROGRAM TEAM BUILDING DI BALUNG ECO RESORT
Bismillah. Salam Sabtu Salam Cuti Semua :)
Pada 28 dan 29 Mac yang lalu, ahli-ahli PGPI telah menghadiri sebuah program yang dinamakan sebagai "Team Building".
Tujuan utama bagi program ini adalah ingin mewujudkan esprit de corps iaitu kerjasama dalam diri kami semua untuk melaksanakan setiap tugasan lebih-lebih lagi bagi program yang melibatkan PGPI.
Melalui program ini, kami telah didedahkan dengan konsep IMS.

Apakah itu IMS?
IMS adalah suatu konsep yang berteraskan kepada Nabi-Nabi Allah iaitu:
I: Ibrahim- Ketauhidan
M: Muhammad- Kasih Sayang
S: Sulaiman- Kekayaan dan Kebijaksanaan
(IMS ini akan diterangkan lebih lanjut pada post akan datang)

Program kami bermula dengan sesi ice breaking di mana duta IMS sendiri iaitu Rauf Fathi yang mengelola sesi ini. Daripada sesi ini, ahli-ahli PGPI dapat bertaaruf sesama kami dengan lebih dekat. Malah kini, kami mampu mengingati tarikh lahir setiap daripada ahli PGPI sendiri. Sesungguhnya objektif bagi ice breaking ini tercapai dengan sesi taaruf yang bersifat kreatif hasil dari konsep IMS.

Sesi-sesi seterusnya adalah penerangan tentang konsep IMS serta tazkirah yang bersifat santai selari dengan keinginan anak muda kini. Tidak dilupakan, ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Nazmi bin Desa iaitu pengerusi bagi JAPIM  15/16 yang lebih mesra dipanggil abah atas segala tunjuk ajar yang diberi bagi melancarkan lagi program ini. Terima kasih juga bagi pensyarah-pensyarah serta semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Syukran Jazilan.


Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. (47:7)

Dalam kita menghadapi kehidupan seharian, pasti ada sahaja ujian dan dugaan. Mungkin dalam kesibukan berdakwah, kita perlu memberikan komitmen terhadap kerja-kerja lain juga. 
Namun, apabila didedahkan dengan konsep IMS ini, saya yakin semua umat manusia akan sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahNya. Yakinlah bahawa Allah akan sentiasa ada bersama kita.
Konsep IMS juga menjadikan kami sedar bahawa dalam setiap apa yang kita lakukan, perlunya ketiga-tiga aspek IMS ini agar tidak wujud kekurangan atas setiap yang dilakukan.
Ayat Al-Quran di atas (47:7) juga menunjukkan bahawa kita sebagai umat manusia ini jangan pernah lelah dan berputus asa untuk membantu agama Allah. Yakinlah, Allah pasti akan membantu kita dengan bantuan yang diperlukan walaupun hanya sekecil bantuan yang kita lakukan di jalan Allah.

Sollu alan nabiyy :)



Kelihatan semua pelajar sedang teruja untuk ke dewan bagi permulaan sesi 1


Makan dalam talam mengikut sunnah

Mengamalkan sunnah nabi:Makan Secara Berjemaah 


Kelihatan ahli-ahli kumpulan Luqman begitu khusyuk melakukan
 perbincangan bagi pembentangan konsep (I)


Sesi tazkirah selepas isyak yang diberikan pengisian oleh
Puan Zulina Zawawi (Pensyarah JAPIM IPGKT)


Kelihatan para peserta khusyuk di saat
 Pengerusi PGPI memberikan penerangan

Antara aktiviti yang perlu dilakukan oleh setiap peserta bagi sesi (I)

Begitu semangat sekali peserta-peserta PGPI ini menghidupkan api
bagi sesi makan santai (BBQ)

Ahli-ahli wanita PGPI 

Thursday 2 April 2015

PUISI MAULANA AL-RUMI TENTANG CINTA..

Maulana Jalaluddin al-Rumi


Dengan cinta, yang pahit jadi manis,
tembaga jadi emas;

Dengan cinta, penjara jadi taman,
tanpanya taman terbiar;

Dengan cinta, keladak jadi jernih,
kesakitan jadi penawar;

Dengan cinta, batu jadi cair,
tanpanya, lilin jadi sekeras logam;

Dengan cinta, sakit bertukar sihat,
dan bala menjadi rahmat;

Dengan cinta, yang mati jadi hidup,
dan raja menjadi hamba

Wednesday 1 April 2015

Sedekahlah Mengikut Kemampuan Mu...

Assalamualaikum dan Salam Sebarkan Cinta Ke seluruh ALAM...
Untuk makluman Group PGPI IPGK TAWAU Production Team telah menerbitkan sebuah Vlog yang bertajuk Sedekahlah Mengikut KemampuanMu...
Vlog ini berkisarkan tentang cara-cara seorang Muslim itu bersedekah walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit. Semoga Vlog ini dapat menyuburkan rasa kasih sayang kita dalam memberi sedekah dan memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain"

Maka, semoga Vlog ini memberi manfaat kepada anda dan mampu menghidupkan Sunnah dalam kehidupan muslim pada zaman Moden ini... Insha Allah....

RESOLUSI AHLI PGPI IPG KAMPUS TAWAU 2015/2016

بسم الله الرحمن الرحيم

Kami Pelajar Islam
Sebagai Hamba dan Pemimpin
Akan Melaksanakan Tugas dengan Keikhlasan
dan Ketauhidan
Hidup dalam Berkasih Sayang
Melaksanakan Tugas dengan Kuat,
Teguh dan Amanah
Sanggup Berkorban
Masa, Tenaga dan Memberi Idea
Menjadi Hamba Allah
Melalui Jalan Rasulullah
Mencapai Makrifatullah

Dunia Akhirat Insya Allah

Amin

Resolusi ini telah dilafazkan dalam sesi refleksi ketika Program PGPI: Team Building (IMS) pada 28&29 Mac 2015 yang telah diadakan di Balung River Eco Resort, Tawau, Sabah. Seramai 24 ahli PGPI IPG Kampus Tawau telah menyahut resolusi ini dan diharapkan akan sentiasa berpegang teguh  dan mengamalkannya sepanjang berada dalam Persatuan ini. Entri bagi program Team Building akan disiarkan dalam masa yang terdekat. Sekian
Sebarkan Cinta Kerana dalam Dirimu Ada sudah Cinta ....
Sesi tazkirah bersama Timbalan Ketua Jabatan JAPIM Ustazah Zulina Binti Ahmad Zawawi

Penyampaian Cenderamata kepada Duta IMS Muhammad Rauf Fathi daripada pihak KJ JAPIM
Dr. Nazmi Bin Desa