TARIKH : 5 MEI 2015
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI
Satu Kursus Smart Khat telah diadakan
hasil kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPG
Kampus Tawau, Sabah. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Zulfikar bin Aman
iaitu penceramah jemputan dari luar yang mahir dalam bidang khat sendiri. Guru
pelatih telah didedahkan dengan khat jenis riq’ah dan thuluth oleh penceramah
kursus.
Kursus Smart Khat ini dilaksanakan
untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran peserta kursus dalam penulisan
khat. Di samping menanam minat dalam kalangan peserta program untuk mempelajari
dan mendalami ilmu seni khat serta melahirkan golongan pelapis yang memiliki
kemahiran dalam bidang khat.
Kursus ini juga diadakan bagi
menepati objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah, bagi memberi pendedahan
berkaitan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat. Seterusnya
pensyarah, staf dan guru pelatih dapat menulis dan menghayati keindahan tulisan
khat. Bukan itu sahaja, malah kursus ini ini dilaksanakan bagi menyemai
semangat cintakan seni khat dan jawi.
Kursus ini telah berjalan lancar
sebagaimana yang dirancang. Persediaan rapi yang telah dibuat oleh Ahli
Jawatankuasa (AJK) kecil pelaksana program yang terdiri daripada unit PISMP
Pendidikan Islam Jun 2013 cukup mantap. Antaranya ialah, persiapan teknikal dan
juga AJK sebelum, semasa dan selepas kursus forum ini dijalankan. Usaha gigih
ini akhirnya membuahkan hasil dimana forum ini mendapat sambutan yang hebat
daripada kalangan pensyarah dan guru pelatih sendiri.
Bagi menutup kursus ini , perasmian
penutupan telah diadakan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus
Tawau, Tuan Hj. Mohd Zain bin Badui. Seterusnya, sebuah cenderahati telah
diberikan kepada penceramah jemputan. Secara keseluruhan, kursus ini telah
berjaya mencapai beberapa objektif yang disasarkan. Adalah diharapkan kursus
seperti ini dapat dikekalkan dan dilakukan lagi pada masa akan datang. Semoga
dengan program ini dapat memberi satu nilai tambah kepada semua guru pelatih.
No comments:
Post a Comment