Tarikh
: 28 Februari 2015
Masa
: 8:00 hingga 12:30 pagi
Tempat
: Dewan Rafflesia IPGK Tawau
Program Seminar Tertunaikah Cintamu
ini merupakan anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal
Pengguna Negeri Sabah, HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sabah,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGK Tawau serta Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
IPGK Tawau. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran yang
tinggi dalam jiwa golongan remaja tentang makna cinta. Cinta sebenar yang
dianjurkan dalam Islam sekaligus memberi kesedaran betapa pentingnya peranan
dan tanggungjawab mereka pada agama, bangsa dan negara serta membentuk dan
memupuk nilai-nilai akhlak murni, meningkatkan potensi peserta daripada aspek
memberi bimbingan dan kaunseling serta motivasi kepada golongan remaja.
Aktiviti ini juga mensasarkan para pelajar IPG Kampus Tawau, UITM serta pelajar
sekolah menengah yang terdiri daripada beberapa sekolah.
Program ini dimulakan dengan
ucapan alu-aluan oleh En. Kamarul Zaman Ishaek yang merupakan Yang Dipertua
ABIM Tawau. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Timbalan
Pengarah IPGK Tawau, Encik Mohd Zain Bin Badui. Pada pukul 9:00 pagi, slot 1
bermula dengan ceramah yang bertajuk Cintaku Ke Syurga?’ yang disampaikan oleh
Puan Fadhlina Sidek, Timbalan Presiden ABIM. Pada pukul 10:30 pagi pula, slot 2
bermula iaitu forum yang bertajuk ‘Cinta Utama’. Panel yang terlibat ialah Prof
Madya Dr. Arsiah Binti Bahron yang merupakan Pensyarah Universiti Malaysia
Sabah serta Puan Fadhlina Sidek. Moderator forum ini adalah Mohd Hisyam Abid
yang merupakan ahli jawatankuasa ABIM.
Segala perjalanan majlis yang
dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Program ini secara tidak
langsung mengeratkan silaturahim antara pelbagai pihak sepanjang majlis ini
berlangsung. Di samping itu, program ini juga memberi kesedaran dalam kalangan
peserta. Input yang diterima melalui ceramah yang diberi menyedarkan golongan
belia yang terlibat betapa penting dan beratnya tanggungjawab yang dipikul
sebagai golongan belia dalam mengajak masyarakat menghayati serta mengamalkan
kehidupan berlandaskan syariah dan tuntutan agama. Program Seminar Tertunaikah Cintamu
sangat penting sebagai penyambung kepada usaha-usaha menyediakan program
alternatif kepada remaja, belia dan masyarakat setempat sekaligus dapat
membenteras gejala kurang sihat dalam kalangan remaja kerana masa lapang mereka
telah diisi dengan aktiviti yang berteraskan Islam. Program ini akan dijadikan
modul tetap kepada remaja dan pelaksanaannya akan diperluas ke daerah-daerah
lain di seluruh Negeri Sabah. Diharapkan agar usaha ini akan berteruskan dan
berkekalan hingga ke akhirnya demi melahirkan remaja yang dapat menghayati
nilai-nilai murni yang sedia ada dalam diri setiap individu.
No comments:
Post a Comment