Friday 26 June 2015

KURSUS SMART KHAT

TARIKH : 5 MEI 2015
                      MASA  : 8.30 PAGI
                      TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI

Satu Kursus Smart Khat telah diadakan hasil kerjasama daripada pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) IPG Kampus Tawau, Sabah. Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Zulfikar bin Aman iaitu penceramah jemputan dari luar yang mahir dalam bidang khat sendiri. Guru pelatih telah didedahkan dengan khat jenis riq’ah dan thuluth oleh penceramah kursus.
Kursus Smart Khat ini dilaksanakan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran peserta kursus dalam penulisan khat. Di samping menanam minat dalam kalangan peserta program untuk mempelajari dan mendalami ilmu seni khat serta melahirkan golongan pelapis yang memiliki kemahiran dalam bidang khat.
Kursus ini juga diadakan bagi menepati objektifnya yang tersendiri. Antaranya ialah, bagi memberi pendedahan berkaitan teknik yang betul tentang kaedah asas penulisan khat. Seterusnya pensyarah, staf dan guru pelatih dapat menulis dan menghayati keindahan tulisan khat. Bukan itu sahaja, malah kursus ini ini dilaksanakan bagi menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi.
Kursus ini telah berjalan lancar sebagaimana yang dirancang. Persediaan rapi yang telah dibuat oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) kecil pelaksana program yang terdiri daripada unit PISMP Pendidikan Islam Jun 2013 cukup mantap. Antaranya ialah, persiapan teknikal dan juga AJK sebelum, semasa dan selepas kursus forum ini dijalankan. Usaha gigih ini akhirnya membuahkan hasil dimana forum ini mendapat sambutan yang hebat daripada kalangan pensyarah dan guru pelatih sendiri.

Bagi menutup kursus ini , perasmian penutupan telah diadakan yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, Tuan Hj. Mohd Zain bin Badui. Seterusnya, sebuah cenderahati telah diberikan kepada penceramah jemputan. Secara keseluruhan, kursus ini telah berjaya mencapai beberapa objektif yang disasarkan. Adalah diharapkan kursus seperti ini dapat dikekalkan dan dilakukan lagi pada masa akan datang. Semoga dengan program ini dapat memberi satu nilai tambah kepada semua guru pelatih.

No comments:

Post a Comment